Compost

Facebook
WhatsApp
Twitter
LinkedIn

Bagi menghasilkan pertanian mampan atau berdaya jana-semula, penjagaan tanah harus dijadikan keutamaan. Selain menggunakan Nutrenics Plant Biostimulant, salah satu cara terbaik untuk menghasilkan tanah yang subur ialah dengan menggunakan baja kompos.

compost-1

Kelebihan Baja Kompos

Baja adalah sumber yang padat dengan zat tumbuh-tumbuhan yang dicampurkan ke dalam tanah atau kepada tanaman bagi memulihkan ketidakseimbangan tanah dan meningkatkan hasil tanaman. Nitrogen, Fosforus and Potasium (N, P & K) adalah elemen-elemen penting dalam baja yang lazim disebut, selain elemen-elemen sampingan seperti Magnesium (Mg), Mangan (Mn), Ferum (Fe), Sulfur (S), Kuprum (Cu), Zink (Zn), dan Boron (B).

Bagaimanapun, satu elemen yang sering tercicir ialah Karbon (C). Sebagai elemen asas kepada semua sebatian organik, pengecualian karbon sebagai zat tumbuhan adalah satu gangguan serius kepada pertumbuhan optimal sesuatu tanaman. Tindakbalas fotosintesis yang dipelajari dalam subjek biologi menyatakan bahawa sumber karbon bagi tumbuh-tumbuhan adalah dari CO2 yang terdapat di udara. Walaupun kenyataan ini benar, ia bukanlah satu-satunya sumber karbon bagi tumbuh-tumbuhan. Terdapat pelbagai sebatian organik seperti asid humik dan fulvik, asid amino dan sebagainya yang menyumbang manfaat tinggi kepada kesuburan sesuatu tanaman. Sumber paling praktikal dan murah bagi elemen-elemen ini termasuk karbon adalah baja kompos yang telah dihasilkan dengan teliti.

compost-2
Pemotongan sisa bagi meningkatkan nisbah keluasan kawasan berbanding volum sebelum menabur baja kompos.
compost-3
Pengusaha kecil yang tidak memiliki mesin pemotong khas boleh menggunakan mesin pemotong rumput yang juga berkesan dan murah.

Penggunaan baja kompos yang telah dihasilkan dengan teliti akan membantu memastikan kesuburan tanah dan biom akar di mana mikrob-mikrob yang bermanfaat boleh berkembang. Ini seterusnya memberi manfaat yang besar kepada pertumbuhan keseluruhan tanaman selain mengurangkan penggunaan baja untuk kebanyakan tanaman. Kompos yang dihasilkan dengan teliti tidak berbau busuk atau berbau bahan toksik – ia seharusnya memiliki bau tanah yang menyenangkan, lembab tetapi tidak basah dan dipenuhi aktiviti mikrob yang berguna. Baja kompos yang kurang baik mengandungi pelbagai jenis mikrob jahat yang mungkin bersifat patogenik dan mengandungi hasil sampingan bertoksik seperti polifenol, sebatian organik meruap, hidrogen sulfida, pelbagai alkohol & aldehid termasuk sianida, alflatoksin dan sebagainya.

compost-4n5
Sisa lanskap yang telah dipotong sedia untuk dikompos.
compost-9
Suhu kompos selepas mikrob Nutrenics ditambah akan naik mendadak dalam tempoh sehari kepada sekitar 60-70ºC. Suhu tinggi ini penting untuk proses penguraian sisa dan membantu meneutralkan sebarang aktiviti mikrob yang bersifat patogenik.

 

compost-8
Produk akhir.

Tanaman Komersil

Bagi petani komersil yang berhasrat untuk mengurangkan penggunaan baja sintetik dan lain-lain bahan kimia pertanian, kami menggalakkan penggunaan Nutrenics Plant Biostimulant dan baja kompos. Penggunaan mikrob Nutrenics untuk penghasilan baja kompos boleh mempercepatkan proses penghasilannya secara drastik selain meningkatkan kualiti akhir produk dari segi nilai zat dan nisbah C : N. Ia juga memudahkan proses penghasilan kompos dan mengurangkan kebergantungan kepada mesin bagi menghasilkan baja kompos dengan kos yang rendah.

​Nutrenics membantu pelanggan mengekstrak zat-zat bernilai daripada sisa tanaman dan lain-lain sisa bahan organik yang dianggap sebagai bahan buangan. Kami juga memberi khidmat nasihat tentang cara memadatkan baja kompos dengan zat-zat organik atau sintetik bagi menghasilkan pakej yang lebih seimbang dan lengkap untuk tanaman.

Pertanian Organik

Anda tidak boleh menjalankan pertanian organik tanpa kebolehan menghasilkan baja kompos. Petani tanaman organik boleh mendapatkan hasil yang lebih baik dengan bantuan mikrob kami untuk proses ini.

More to Explore

Fertigation

General Fertigation is an agricultural technique that maximizes crop yield through controlled application of water and fertilizers in a non-organic medium. Fertigation

Pineapple

General. The pineapple is a tropical plant with an edible fruit and it’s the most economically significant plant in the family Bromeliaceae.

Chilli

General. Chilli is an annual fruiting plant that sought after all over the world. Most chillis provide only one growing season before

Leave a Comment